
Sulit
2 tahun
Keluar lendir berdarah semasa membuang air kecil
Saya wanita 23 tahun, baru kahwin 5 bulan, 2 hari saya keluar lendir berdarah semasa membuang air kecil dan rasa sengugut, pening kepala. Tapi saya baru lepas datang haid. Boleh tahu apa masalah saya ya?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala pengeluaran darah berlendir semasa buang air kecil. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- kecederaan pada saluran peranakan atau kencing
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- masalah buah pinggang
- sindrom nefritik
- kecederaan buah pingggang kerana makanan seperti Jering
- kesan sampingan ubat ubatan
Ia juga boleh disebabkan kanser namun ia jarang berlaku seperti:
- kanser buah pinggang
- kanser pundi kencing
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.