Sulit
2 tahun
Kemaluan berdarah selepas seks
Saya wanita berumur dlm lingkungan 20an . Adakah normal selepas melakukan seks , kemaluan wanita akan berdarah ? Dan adakah ia berpanjangan ? Apa yang harus saya lakukan jika ia berpanjangan ?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas kesakitan.
Umumnya, pendarahan faraj atau spotting selepas hubungan seksual boleh disebabkan oleh:
- Pelincir tidak mencukupi.
- Trauma atau koyakan pada struktur faraj
- Luka pada faraj
- Jangkitan pada faraj
- Masalah struktur faraj
Untuk menjawab pertanyaan anda, spotting selepas hubungan seks adalah sesuatu yang tidak normal dan membimbangkan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengenal pasti punca masalah yang anda alami, pemeriksaan dan ujian lebih lanjut seperti pengimejan dan pengambilan sampel cecair dari faraj anda mungkin diperlukan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor untuk maklumat lebih lanjut. Anda boleh mengklik pautan ini untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.