Sulit
2 tahun
Kemaluan bergesel di atas tilam semasa tidur
Saya lelaki…zakar saya selalu bergesel di atas tilam pada setiap malam masa saya tidur dan menyebabkan terkeluar air mani semasa saya bangun dari tidur…bagaimana cara nak elakkan dari terjadi macam ni ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah air mani yang keluar ketika bangun dari tidur. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh terjadi atas beberapa sebab, antaranya:
- mimpi basah - hal yang normal. Ejakulasi air mani yang berlaku semasa tidur. Kajian menunjukkan bahawa ramai lelaki mengalami ejakulasi malam pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Terdapat perbezaan antara orgasma malam dan ejakulasi malam kerana para lelaki boleh mempunyai orgasma malam (klimaks seks) tanpa ejakulasi (pelepasan mani cecair).
- nocturnal emission
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat sedatif boleh menyebabkan relaksasi saraf atau ubat anti-hipertensi boleh menyebabkan saraf yang lemah untuk berfungsi.
- Pengambilan minuman alkohol dan kuat merokok boleh menghalang pengaliran darah dan menyebabkan kelemahan saraf dan rembesan hormon yang terganggu.
- Gangguan kesihatan mental juga boleh mengakibatkan mimpi basah kerana gangguan rembesan hormon terjadi.
- Obesiti dan kurang aktiviti fizikal mengurangkan pengaliran darah ke organ pelvis.
Ada kemungkinan masalah yang sedangadalah Nocturnal Emission, di mana ejakulasi berlaku pada waktu malam semasa anda tidur, walaupun tiada mimpi. Punca Nocturnal Emission masih belum dikenal pasti sehingga kini, tetapi ada kajian menunjukkan bahawa kadar testosteron dalam badan yang tinggi merupakan antara puncanya.
Tiada rawatan khusus untuk kondisi ini. Ada pendapat mengatakan bahawa masturbasi boleh mengurangkan kadar ejakulasi semasa tidur, tetapi tiada bukti yang kukuh untuk menyokongnya. Dalam kes kes kronik, penggunaan pil anti-kemurungan didapati boleh mengurangkan simptom tersebut.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.