
Sulit
3 tahun
Kemaluan gatal dan berbau
Saya wanita dalam 20’an…saya ada masalah kemaluan berbau dan gatal,jadi tak selesa bagi saya…sebab gatal teramat sangat2…apa perlu saya buat untuk masalah saya ini…apa produk yang boleh mengatasi masalah saya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang memuaskan
- Bacterial vaginosis
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Cervicitis atau vaginitis
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat mengesyorkan sebarang produk atau rawatan tanpa mengetahui dengan lebih lanjut keadaan anda dan juga pemeriksaan perlu dilakukan.Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.