
diniyalyaa211
5 tahun
Kemaluan kena jangkitan
Doktor saya nak tanya dah berapa harini miss v saya gatal di tepi-tepi dan bengkak dan keputihan kerap keluar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan seksual - leher rahim terbuka dan membuka ruang untuk bakteria masuk dan membiak.
- Jangkitan kulat faraj
- Infeksi pada dinding faraj- Lapisan dinding rahim akan gugur bersama darah haid, membiakkan kuman dan bakteria yang boleh mendatangkan jangkitan saluran kencing.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.