
Sulit
3 tahun
Kemaluan lelaki pedih dan kemerahan
Saya berumur 30 tahun mengalami gatal pada kemaluan, pada mulanya saya kerap mencuci dengan menggunakan air panas, akan tetapi masalah tak berkurangan sehingga saya menggunakan ubat antifungus. Jika di sentuh tempat kemerahan dan gatal pun berasa pedih. Apakah masalah sebenar saya?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami gejala gatal, kemerahan dan kepedihan pada zakar anda. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Alahan
- Iritasi kulit akibat dari sabun atau bahan-bahan alahan terhadap kulit
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat perkara yang serius dan memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Jangkitan kandidaisis atau kulat yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin
- Ekzema
- Psoriasis
Oleh itu, kami sarankan anda untuk menghubungi doktor secara atas talian supaya kami dapat memberikan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor