
Sulit
4 tahun
Kembang tekak dan cepat loya
Saya wanita 30 tahun. Kenapa saya mudah rasa nak termuntah bila terbayang ada sesuatu dlm mulut. Dan saya cpt nk termuntah semasa berus gigi sbb rasa mcm tengah jolok tekak sy. Saya tengok air mání suami pun terus kembang tekak nak termuntah. Saya takut nk jumpa doktor gigi sebab saya rasa nak muntah bila doktor check dalam mulut saya padahal bukan jolok dalam tekak pun. Apa punca dan macamana nak atasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang loya.
Mual atau loya boleh berpunca dari pelbagai sebab. Sebilangan orang sangat sensitif terhadap pergerakan atau makanan tertentu, ubat-ubatan, atau kesan keadaan ubatan tertentu. Semua perkara ini boleh menyebabkan loya. Penyebab loya yang biasa adalah:
- Penyakit refluks (GERD)
- Jangkitan kuman dalam perut boleh menyebabkan loya
- Ubat ubatan
- Pemakanan yang berlebihan atau makanan tertentu seperti makanan pedas
Antara tips yang anda boleh lakukan adalah:
- Elakkan perkara yang boleh menyebabkan anda loya
- Meditasi
- Banyakkan minum air
- Letakkan pad sejuk ke bahagian leher jika loya
- Buka tingkap atau duduk di hadapan kipas ketika loya
Sekiranya masalah inin mengganggu aktiviti anda, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih