
Sulit
3 tahun
Kembung perut susah bernafad
Saya demam, batuk Dan selsema Dan ianya dah baik sekarang masalah saya ialah kembung perut Dan sukar bernafas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah kembung perut yang dialami oleh anda dan seterusnya menyebabkan kesukaran bernafas. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kembung perut boleh disebabkan oleh punca lazim seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Masalah penghadaman
- Ketumbuhan di dalam perut atau abdomen seperti polip atau kanser
- Makan dengan terlalu banyak sehingga perut penuh
Maklumat lanjut perlu diperolehi dan juga anda perlu diperiksa dengan lebih lanjut oleh doktor untuk mencari punca gejala anda. Disebabkan anda mengalami kesukaran bernafas, sila dapatkan bantuan perubatan di klinik atau hospital berhampiran.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.