
Sulit
4 tahun
Kembung perut yang kronik
Hello doktor,saya wanita umur 27,doktor,saya mempunyai masalah kembung perut yang kronik waktu kecil hingga sekarang,sejak beberapa bulan ni secara tidak sengaja kadang kadang saya akan tersentuh ada benjolan seperti belon kecil di bahagian perut, waktu saya baring apabila sentuh benjolan tu ia akan hilang dan kadang kadang saya juga akan tersentuh benjolan jenis panjang waktu menjalani aktiviti harian ia juga akan hilang apabila disentuh…keadaan ini amat ganggu saya doktor sehingga menyebabkan saya mempunyai anxiety yang teruk,telah pergi ambil darah check badan sebanyak dua kali tapi doktor cakap saya tiada apa apa masalah,doktor adakah saya mengalami kanser perut,pemakanan saya normal kecuali waktu anxiety saya kurang selera makan dan loya,tabiat buang najis saya pun normal …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kembung perut. Untuk makluman anda, gangguan perut kembung dan tidak selesa biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Atau kondisi seperti:
- PMS: Sebelum haid, ramai wanita mengalami kembung dan sakit perut
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
Penyakit yang boleh menyebabkan gejala-gejala yang lain pula termasuk:
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Pedih ulu hati
- Intoleransi makanan
- Asid refluks (GERD)
- Hormon sepeti tiroid atau wanita sebelum menstruasi
- Jangkitan parasit usus (Giardiasis)
- Gangguan tabiat makan seperti anoreksia nervosa atau bulimia nervosa
- Faktor kesihatan mental seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, dan banyak lagi
- Sesetengah ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih