
haqim547
5 tahun
Kemerah pada lubang kencing lelaki
saya lelaki berumur 23 tahun berkahwin terdapat kemerahan pada lubang kencing dan kencing terasa ngilu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kemerahan pada saluran kencing serta masalah ngilu ketika kencing yang anda alami boleh disebabkan:
- Kecederaan pada saluran kencing
- Radang saluran kencing - akibat jangkitan kuman/batu karang
- Jangkitan kelamin - jika mempunyai gejala seperti nanah dan sakit ketika kencing
- Alahan saluran kencing - terhadapa sabun atau kain seluar dalam
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana jika dibiarkan mungkin perkara ini boleh menjadi lebih serius. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.