Sulit
4 tahun
Kencing kotor dan kerap ke tandas
Saya wanita 20-an sering mengalami kencing kotor dan sakit. Dan mengambil masa yang lama dalam tandas untuk mengeluarkan air kencimg yang keluar sedikit dan kerap ke tandas.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing kotor ( urinary tract infection ) dan gejala anda yang lain boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- jangkitan kuman
- batu karang
- keradangan pundi kencing
- masalah buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am bagi gejala yang anda hadapi. Terima kasih.