Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kencing manis darah tinggi

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: November 16, 2020 7:13 AM

Sulit 3 bulan

sekiranya saya mempunyaii kencing manis dan darah tinggi, bolehka saya memakan hidangan seperti contoh, ayam goreng, meminum minuman manis dlm dua atau sekali dlm seminggu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera.

Penyakit diabetes adalah penyakit kronik yang boleh dikawal dengan baik sekiranya anda berusaha untuk menjaga kesihatan diri.

Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !

Dari segi pemakanan, anda patut memilih diet yang berkhasiat dan seimbang. Penghidap diabetes dinasihati memilih makanan yang rendah dalam kalori, lemak tepu, lemak trans, gula dan garam. Anda juga patut mengawasi komposisi kumpulan makanan yang dimakan. Lebihkan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan susu rendah lemak atau skim. Minum air kosong dan elakkan minuman yang bergula seperti jus, kopi 3-in-1 dan soda. Makan mengikut jadual dan elakkan makanan segera dan makanan berlebihan.

Aktiviti fizikal adalah satu lagi bahagian penting dalam pengurusan diabetes anda. Apabila bersenam, otot-otot menggunakan gula untuk tenaga dan ini membantu badan menggunakan insulin dengan lebih cekap. Pastikan anda minum banyak air semasa bersenam untuk mengelakkan dehidrasi dan sediakan snek kecil sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya paras gula menjadi terlalu rendah.

Stres juga boleh meningkatkan gula darah anda. Terdapat banyak cara yang boleh anda pilih untuk mengurangkan tekanan anda seperti aktiviti bernafas, bersenam, bermeditasi, mendengar muzik dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Ketahui tentang penyakit kencing manis dengan lebih mendalam. Pakar Endokrinologi boleh membantu anda.

Dikemaskini pada: Mon Nov 16 2020 07:13:11 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang kencing manis secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80