Anonymous
6 tahun
Kencing Manis Diabetes
Mak saya berusia 53 tahun, harini dia mengadu mcm nak buat checkup kat hospital kerana paras bacaan gula dia ialah 15. Apa nasihat doktor, macammana nk tahu paras bacaan gula?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang bacaan gula ibu anda.
Secara amnya, paras gula dalam darah anda tidak harus melebihi 11 mmol/L 2 jam tepat selepas makan. Alternatifnya, paras gula dalam darah anda tidak harus melebihi 7 mmol/L selepas 8 jam berpuasa. Oleh itu, anda tidak mempunyai kencing manis buat masa sekarang. Namun demikian, paras gula anda tanpa puasa sangat rendah, (<4 dianggap rendah). Kemungkinan besar anda mengalami hypoglycemic.Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti simptom paras gula rendah (pening,rasa dahaga yang berlebihan)
Anda digalakkan untuk menguji paras gula anda sekali lagi di bawah kondisi yang tepat. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih




























