
isyaalysya19128629
6 tahun
Kencing mnis ketika hamil (gdm)
Doktor sy umur 33 thn skrg sdg mgandung 19 week…sy didpati ada pnyakit kncing mnis slepas mnum air gula tpi tahap tk tggi…dua minggu slepas dpt tahu ada kencing mnis doktor tmpt sy bg ubt utk kncing mnis…sy dh pn mkn tpi mgk ubt itu tdk ssuai dgn sy mnjadi msalah prt sy meragam tdk keselesaan.tpi setelah sy tdk mkn lg ubt sy cbe diet sndri bcaan sy 5.2 5.8 4.6 dan 4.1 .pada pgi ini sy kena lg test utk 4x tpi sy tdk berpuasa pada semalan jdi pagi ni sy test 6.4 adakah itu tggi…last mkn smlm pkul 3pgi…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kadar glucose normal : sebelum makan: <5.6 mmol, 2 jam selepas makan <7.8 mmol
Kadar glucose normal (Sekiranya mempunyai kencing manis sewaktu mengandung ) : sebelum makan: >5.6 mmol, atau 2 jam selepas makan >7.8 mmol
Sekiranya paras gula dikawal dengan baik sepnajang kehamilan , komplikasi kepada anak boleh dicegah and dikawali.Walaubagaimana pun sekiranya paras gula di dalam darah berlebihan, ini akan berpindah ke bayi menerusi plasenta dan menyebabkan bayi anda juga mengalami paras glukosa darah yang tinggi. Oleh kerana itu, pankreas bayi anda turut bertindak menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang tinggi.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.