
Sulit
3 tahun
Kencing tak lawas, ada pendarahan, badan rasa macam nak demam
Saya 46 tahun, sabtu lepas 22/5/21 saya mengalami sakit kencing x lawas dan ada sedikit pendarahan, saya minum URAL, keesokan hari nya darah dah x ada, tetapi saya rasa badan x selesa, macam nak demam. Hari selasa pagi 25/5/21 terjadi lagi perkara yang sama seperti hari sabtu, cuma tiada darah. Badan masih rasa x selesa. Apa perlu saya buat doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang dalam salur kencing
- Kecederaan pada salur kencing
- Kecederaan pada dinding faraj
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana perkara ini memerlukan perhatian anda dan juga doktor.
Sila berjumpa dengan doktor dengan segera juga sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Demam
- Lemah dan badan lesu
- Muntah dan loya
- Sakit perut atau ari-ari
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Air kencing bercampur darah atau/dan nanah
- Air kencing berbau busuk
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.