Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kencing tak lawas dah lebih seminggu

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 3, 2020 3:23 PM

Sulit 31 hari

Doc adakah kencing tak lawas tu sebb jangkitan kuman.saya kencing tak sakit tapi kerap kencing dah air kencing tak banyak dan tak kurang.saya ni kencing tak lawas e doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 31 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.

Untuk makluman pihak anda, kencing tidak lawas adalah rasa kencing yang tak puas dan seperti masih ada air kencing yang belum habis dikeluarkan. Manakala masalah yang anda alami adalah, kerap kencing yang boleh disebabkan oleh:

  • Penyakit kencing manis

  • Terlalu banyak minum air

  • Masalah prostat

  • Masalah hormon yang mengawal air dalam badan

  • Radang pada pundi kencing

  • Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik

  • Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)

Manakala gejala yang merujuk kepada jangkitan saluran air kencing adalah seperti:

  • Sakit semasa membuang air kecil
  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Kerap rasa nak kencing walaupun kuantitinya sedikit
  • Kencing berbau busuk
  • Air kencing mengandungi darah
  • Sakit ketika melakukan hubungan seks
  • Air kencing keruh
  • Demam dan menggigil.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini sangat menggangu anda.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Jul 03 2020 15:23:09 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Masalah Kencing dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Kencing Tidak Lawas Selepas Bersama Saya mengalami kencing tidak lawas setelah bersama suami. Perkara ini terjadi dalam beberapa kali. Apakah punca dan rawatan yg boleh saya lakukan? Baca lagi...
3 hari
Sulit
Kerap buang air kecil dalam sehari Saya kerap membuang air kecil tidak kira siang atau pada waktu malam. Tetapi air kencing saya berwarna jernih. Adakah ini juga salah satu masalah kencing manis Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Rasa nk kencing tpi yg keluar sperm Hi Doc, sya ada soalan. Soalan nye, terasa nk kencing, but instead of air kencing, yang keluar adalah sperma. Tak sakit or felt anything weird, just terasa sangat risau dgn condition ni. Pertama… Baca lagi...
9 hari
Sulit
Kencing sedikit dan dalam haid Minggu lepas saya kerap kencing dan kuantiti kencing yang sedikit.tpi saya tak rasa sakit pon semasa kencing dan saya sakit di bawah perut 2 kali.saya pgi klinik doc bgi ubat kencing tak lawas d… Baca lagi...
29 hari
Sulit
Minum air banyak sekaligus tapi tak ada rasa nak kencing.air tu still ada dalam perut Selalunya jika saya minum banyak air sekaligus saya akan terkencing selang beberapa minit.tetapi akhir2 ini saya rasa bila saya minum air banyak ianya seperti lambat nak kencing.air tu berada da… Baca lagi...
29 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi