
Sulit
4 tahun
Kencing tidak lawas dan kerap kencing malam
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Untuk makluman Doctor, sejak kebelakangan ini saya kencing tidak lawas, tidak puas, kencing bercabang dan kerap kencing ketika saya baring untuk tidur (Belum Tidur) dan juga ketika tidur malam (Setelah Tidur). Saya telah berjumpa Doctor untuk mengambil darah bagi melihat kandungan gula, bacaan gula dalam darah saya 5.3mmol/L (Sebelum Makan dan minum) dan juga mengambil sample air kencing saya, air kencing saya juga normal dan saya juga telah membuat Ultra Sound dan semua dalam keadaan normal termasuk Prostate cuma di buah pinggang saya terdapat Cyst (1.7 cm x 1.1 cm). Dan doctor mengatakan saya dalam keadaan normal, ubat yang diberikan kepada saya URAL untuk diminum dan Doctor menasihatkan saya membuat Ultra Sound setahun sekali untuk Cyst tersebut. Saya ingin mendapatkan kepastian dari Doctor tentang penyakit kencing saya ini. Adakah penyakit lain yg terdapat pada diri saya dan apakah nasihat Doctor untuk mengawal penyakit kencing saya ini?
Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Penyakit kencing manis
Terlalu banyak minum air
Masalah prostat
Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
Radang pada pundi kencing
Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Kesan strok
Memandangkan anda telah membuat pemeriksaan dan berdasarkan maklumat yang anda berikan di atas, kemungkinan kencing manis, jangkitan saluran air kencing dan masalah prostat itu tiada. Sejujurnya, konsultasi dengan pihak kami di sini adalah lebih terhad berbanding dengan doktor di hospital . Oleh itu, saya tida dapat untuk mengulas atau memberi tahu punca sebenar masalah anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Buat masa sekarang, saya sarankan untuk anda cuba mengurangkan pengambilan air sebelum tidur.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.