
Sulit
4 tahun
Kepala & bahu rasa berangan/panas
Saya berumur 34 tahun,2 bulan ni saya sebelum/semasa/selepas period saya selalu rasa panas dibahagian kepala saya.Apakah symptoms ini doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa panas pada kepala yang berkaitan dengan haid. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda alami berkemungkinan disebabkan oleh gejala PMS ( pre-menstrual syndrome ). Hal ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon ketika haid. Antara gejala lain yang dialami ketika PMS adalah:
- Fizikal: lemah, letih, jerawat, sakit kepala, punggung, perut bawah, dan payudara, gangguan saluran penghadaman (mual, muntah, kembung, cirit-birit), dan sering lapar
- Gejala mental: moody, mudah tersinggung, depresi, cemas, gangguan konsentrasi, dan insomnia.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih