Sulit
2 tahun
Kepala rasa elektrik
Hello doktor,
Dalam 2 atau 3 hari lepas badan saya rasa yg pelik…iaitu bila cth saya terhentak jari di sesuatu dia rasa seperti ada satu getaran elektrik dari tempat yg terhentak mcm kalau jari telunjuk dia start situ dan rasa mcm elektrik sampai ke kepala…badan hanya dibahagian bahu…dia rasa getaran dan selalu bahu rasa lemah…dan kepala juga rasa elektrik itu secara tiba tiba…boleh doktoc terangkan x apa yg doctor rasa terjadi sbb bende ni memang ganggu mental saya bila kena je mula rasa x sedap hati and takut kalau tu something yg bahaya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Maaf, kami kurang jelas mengenai masalah yang anda alami. Kami memerlukan maklumat tambahan supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Secara umumnya, ia boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin B ataupun masalah saraf. Sila rujuk kepada doktor supaya masalah anda dapat ditangani. Anda boleh menggunakan khidmat konsultasi secara atas talian kami supaya kami dapat membantu anda mengatasi masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.