
hairi_fly160
4 tahun
Kepala zakar melecet menipis sensitif,nyeri,ngilu
Saya lelaki,remaja…kulit Kepala zakar saya dh jd menipis Dan sensitif nyeri ngilu bila pakai seluar atau kain pelekat …terutama jika hendak berjalan,kepala zakar akan bergerak Dan bergeser terkena seluar…tandas sakit ngilu sangat2…
Jd,saya malu untuk berjumpa dengan doctor urologi… perky cari krim ke untuk tumbuh kulit yang sudah terhakis akibat onani terlalu kasar?
Persoalannya,Doktor,kalau saya dapatkan rawatan ubat melalui online doctoroncall secara dalam talian video call atau chat adakah boleh dengan cara itu untuk dapatkan ubat secara langsung oleh Doctoroncall?
Adakah Doctoroncall terdapat doctor pakar dalam urologi atas talian Doctoroncall ini? Atau semua Doctoroncall pakar dalam rawatan urologi atau alat kelamin ?
Saya agak malu untuk ke hospital…jd saya nak dapatkan ubat dri Doctoroncall secara langsung ke rumah…
Apa pendapat doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kulit sensitif
- Kulit kering
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada zakar
Berkenaan ubat atau krim, punca masalah yang dialami perlulah diketahui terlebih dahulu. Buat masa ini, kami sarankan anda untuk mengelakkan diri dari melakukan onani sehingga keadaan bertambah baik kerana kulit memerlukan masa untuk tumbuh dan pulih semula.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ingin kami maklumkan kepada anda, laman forum ini hanyalah untuk bertanya mengenai masalah kesihatan umum sahaja. Sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan atau nasihat pakar, anda boleh menghubungi kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/doctoroncallMY/
Telefon: 03-8408 2000
Email: contact@doctoroncall.com.my
Sebarang ubat-ubatan perlu ditentukan keperluannya dengan pemeriksaan oleh doktor terlebih dahulau. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut mengenai masalah yang dialami, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.