Sulit
3 tahun
Kepala Zakar terseret benang dalam seluar sukan
Doktor,saya lelaki berumur 27 tahun,dalam 4 hari,iaitu kepala zakar saya jadi sensitif mcm kena kejutan elektrik bila tersentuh dengan seluar.
Punca kejadian adalah,saya pakai seluar sukan,tak pakai seluar dalam sebab berada dalam rumah.Lepas tu,saya cuba nak buka seluar tetiba ada benang yang panjang2 yang berlebihan dalam seluar sukan terseret dekat kepala zakar dari belakang kepala sampai ke depan kepala zakar.
Terus jadi ngilu sensitif lepas berjalan pakai seluar sehingga sekarang…nk berjalan kalau pakai kain tuala pun akan terasa sensitif ngilu sakit pedih bila pakai kain tuala ke bdan.
Doktor,adakah kulit kepala zakar warna merah itu boleh tumbuh semula dan hilang kembali deria sensitif itu akibat terseret benang dalam seluar? nk berjalan zakar langgar seluar sakit ngilu doktor…ada ubat atau kulit akan tumbuh kembali ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, kulit zakar itu boleh sembuh tetapi ia memerlukan masa yang lebih panjang kerana kawasan tersebut terdedah dengan peluh dan terdapat banyak geseran berlaku di kawasan kemaluan anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda untuk menyelesaikan masalah ketidakselesaan anda.
Hilangkan kegusaran berkenaan masalah zakar anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Selain daripada gejala yang disebutkan oleh anda di atas, sila jumpa doktor dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala atau tanda ini:
- Kawasan luka tersebut bernanah
- Terdapat bau yang kurang menyenangkan datang daripada zakar anda
- Demam
- Sakit ketika membuang air kecil
- Sukar dan kerap membuang air kecil
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.