
Sulit
4 tahun
Kepedihan di sekitar zakar dengan menyapu ubat gamat
Saya mengalami masalah luka di zakar dan terasa pedih… Bolehkah saya menyapu ubat gamat di kawasan berkenaan… Adakah boleh menimbulkan kesan yang memudaratkan

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah zakar luka.
Anda disarankan untuk tidak meletakkan apa-apa produk yang mengandungi bahan kimia pada zakar anda. Saya menasihatkan anda untuk segera ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan sebenar. Sekiranya anda biarkan zakar anda berdarah sebegitu, kemungkinan jangkitan kuman akan berlaku dan menambah burukkan lagi keadaan anda.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.