Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Keputihan berbau & gatal

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: April 8, 2020 1:29 AM

Sulit 51 hari

Slam dr, sy sya berumur 23 tahun … sy mengalami masalah miss v berbau & gatal …kadang2 terdapat ketulan putih pekat pada seluar dlam …adakah keputihan sy normal ataupun tidak ? Apakah rawatan yang sesuai untuk merawat masalah keputihan ini ?

Dr Ramzdhan 51 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan dan bau yang tidak menyenangkan boleh disebabkan:

  • Keputihan fisiologi

  • Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj

  • Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus

  • Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia

Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa kaedah boleh diambil seperti:

  • Krim antikulat bagi jangkitan kulat
  • Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
  • Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
  • Kerap tukar pakaian dalam anda
  • Jaga kebersihan kelamin

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Apr 08 2020 01:29:52 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Selepas 7 hari period, keputihan bertukar koko kemerah merahan Saya dah period 7 hari macam biasa setiap bulan… kemudian selang 3-4 hari tiba2 keputihan bertukar warna koko. Sekarang sudah 3 hari saya macam period wrna merah… yang peliknya tak berbau busuk… Baca lagi...
28 hari
Sulit
Keputihan atau haid? Hai, saya Fatihah berumur 21 tahun. Kebelakangan ini saya sering didatangi keputihan yang bercampur dengan darah. Apa yang saya perasan, ia pasti terjadi beberapa minggu sebelum haid. Adakah ia … Baca lagi...
25 hari
Sulit
Keputihan bertali dan mempunyai sedikit benda coklat kemerahan Saya perlukan kepastian sama ada keputihan ini normal. Kerana saya sudah 2 kali mengalami keadaan ini beberapa hari sebelum period. Adakah keadaan ini normal dan mengapa ia terjadi… Saya sedang … Baca lagi...
11 hari
Sulit
Masalah keputihan kronik Saya wanita berumur 22tahun dan bujang , dan mengalami keputihan yg kronik seperti lendir nk kehijauan dan brbau serta menyebabkan kegatalan , apa yg saya patut buat ? Baca lagi...
21 hari
Sulit
Keputihan Berdarah disertai Sakit Pinggang Belah Kiri Salam, saya wanita berumur 23 tahun dan bujang. Saya kerap mengalami keputihan disertai dgn darah selepas haid yg normal iaitu 6-7 hari dan keputihan berdarah keluar selepas 5 hari suci drpd hai… Baca lagi...
31 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi