
Sulit
3 tahun
Keputihan berwarna coklat kemerahan seperti darah haid
Saya seorang wanita berusia 20 tahun, sejak bulan April tahun ini, keputihan saya berubah kepada warna coklat kemerahan, seperti darah haid, pada mulanya saya menyangkakan ianya cuma tanda tanda untuk saya datang haid, akan tetapi, perkara ini berlarutan sehingga ke hari ini, adakalanya saya berasa pedih pada vagina saya disebabkan keluarnya keputihan yang berwarna coklat kemerahan ini. Adakah ini menunjukkan sesuatu yang serius ? Perlukah saya mendapat rawatan lanjut di klinik/hospital ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, keputihan berwarna coklat kemerahan adalah tanda pendarahan, serta anda bergejala pedih pada kemaluan, boleh disebab oleh beberapa perkara seperti polip, fibroid, masalah pada lapisan rahim atau faraj, sista ovari, ketidakseimbangan hormon, penyakit radang pelvis dan selainnya.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, kami menyaran anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda boleh buat temu janji di mana-mana klinik kesihatan atau hospital berdekatan untuk berjumpa doktor.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.