ainillfairuz
4 tahun
Keputihan coklat muda
assalammulaikum doc.saya baru bersalin pada 28/12/18 anak pertama dan saya sekarang da habis lama waktu berpantang …sekarang ni pada awal bulan 11 haritu saya ada bersama dengan suami… setelah itu selang beberapa hari saya di datangi haid…tetapi tidak lama hanya 2/3 hari sahaja…darah tidak banyak…setelah itu pada 28/11/19 saya baru balik dari membeli belah saya mendapati di seluar dalam saya ada keputihan bewarna coklat muda adakah membahaya…sebelum ni tidak pernah terjadi dlm hidup saya…ni pertama kali nya…okey sekian terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan coklat yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
MUntuk mengatasi masalah-masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.