Anonymous
6 tahun
Keputihan dan gatal Miss v
Saya wanita berumur 24 tahun dan sudah berkahwin …saya nak tanya haritu saya dah pergi klinik jumpa doctor mengenai masalah saya … sebab masa tu tiba tiba masa bersama dengan suami pagi nya rasa gatal2 … terkena fungus …lepastu doctor bagi ubat Insert .ngam pulak masa process tu saya period tapi doc cakap teruskan je …lepastu habis period dalam masa 3 hari saya ingat dh Okay …tapi bila bersama suami sakit sangat . Gatal balik …lepastu sy gi klinik lain dia bagi antibiotik … selama seminggu … masa seminggu tu pon sy ada bersama semua … sakit bkurang lah … lepastu tengok tak baik lagi sy gi farmasi beli ubat pesari … dh tu 2 hari pastu sy bersama lagi masih sakit sikit …cuma kalau tak bersama elok je .gatal pon tak ada lah .kalau dh bersama tu esok nyak mcm gatal2 balik … kalau tempoh perawatan Mmg tak boleh bersama k mcm mana .sebab sy pon tak tahu dh sembuh k tak .cuma rasa tak ada apa2 tu lah sy bersama … sy pakai panti liner tapi x nampak lah apa2 .cuma kalau tengok cermin ada lah nampak keputihan kat luar tu …
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan pada kemaluan boleh disebabkan:
- Lebihan estrogen - ketika hamil atau sebab pil perancang
- Jangkitan kulat seperti kandidiasis
- Jangkitan herpes genital
Bagi mengurangkan simptom kegatalan serta ketidak-selesaan yang dihadapi anda, anda boleh lakukan beberapa langkah seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Kurangkan hubungan kelamin seketika ataupun memakai kondom
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































