
Sulit
3 tahun
Keputihan jernih bercampur darah
hi . saya wanita berumur 24tahun dan belum berkahwin . saya habis period 13/9 . pada malam semalam saya mengalami sakit abdomen dibahagian kiri . pada esok pagi saya lihat ada darah berwarna merah terang dipakaian dalam saya . pada malam ni ada keputihan berwarna jernih bercampur darah . adakah itu normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kesan ovulasi (normal)
- Gangguan saluran ovari
- Sista ovari
- Ketidakseimbangan hormon
- Masalah lapisan faraj atau rahim
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, sebaiknya anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.