Sulit
3 tahun
Keputihan Kuning 3 Hari Habis Haid
Assalamualaikum and Salam Sejahtera
Saya ada kemus
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah keputihan ini boleh jadi fisiologi (normal) atau penyakit. Keputihan normal kebiasaannya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid).
Terdapat juga keputihan yang sering berlaku dalam tempoh 7 hari sebelum dan selepas haid. Keputihan yang dialami adalah kering dan melekit. Oleh itu, masalah keputihan yang anda alami berkemungkina normal dan tidak perlu dirisaukan sekiranya anda tidak mengalami gejala seperti:
Gatal pada bahagian sulit
Sakit ketika kencing
Lendir berubah warna atau berbau kurang menyenangkan
Sakit ketika melakukan hubungan seks
Pendarahan di antara kitaran haid
Sakit perut
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.