
Sulit
4 tahun
Keputihan & pedih n luka selepas bersama
Saya ada bertanyakan tentanv keputihan dan luka selepas bersama… doktor ada suggestkan utk guna pelincir utk mengelakkan trauma n luka selepas bersama… boleh saya tahu pelincir jenis mana dan d mana saya boleh dapatkam pelincir tersebut… dan apakah supplement yg sesuai utk masalah keputihan n masalah luka selepas bersama? Boleh doktor suggestkan jenama @ d mana blh dptkan ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jalinkan hubungan mesra yang sihat & bebas kesakitan dengan bantuan lubrikan (pelincir).
Kami mengambil maklum tentang keadaan puan. Oleh itu adalah lebih baik sekiranya anda berjumpa dengan doktor atau doktor pakar wanita bagi mendapatkan rawatan keputihan yang lebih komprehensif dalam waktu yang terdekat.
Umumnya rawatan yang dimaksudkan termasuk
- menentukan diagnosis penyakit atau kondisi kesihatan
- memberikan rawatan yang khusus dan bersesuaian dengan tubuh pesakit
- merekomendasikan suplemen, perubahan gaya hidup & tips pencegahan yang boleh diamalkan oleh anda
Tanpa meneliti keadaan anda saat ini, ketiga-tiga fasa rawatan akan menjadi sukar. Pemeriksaan yang lebih teliti antaranya termasuk:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.