
Sulit
3 tahun
Keputihan susah untuk hamil
Hye doctor…saya mengalami masalah keputihan dalam tempoh 2 bulan lepas…saya cek gula dalam darah bacaan adalah 4…normal…saya telah mengurangkan kandungan gula dan yis dalam pemakanan…saya juga telah berjumpa doctor dan doctor inform ada kulat…sampel keputihan telah diambil dan result adalah normal.dan saya telah makan ubat yang diberikan…tapi still tak elok…keputihan bentuk cheese kadang kadang gatal…macam mana cara saya nak hilangkan keputihan…dan betul ke jika ada keputihan…susah untuk pregnant?kerana saya sedang ttc…harap doctor boleh membantu masalah saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah keputihan boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
Warna Putih
Keputihan yang berwarna putih selalunya bersifat fisiologi, namun ia juga boleh disebabkan jangkitan yis. Jika benar seseorang itu mengalami jangkitan yis, keputihan terseebut akan disusuli dengan simptom seperti gatal.Keputihan disertai warna cokelat ataupun darah
Warna keputihan dan disusuli darah boleh menandakan bahawa seseorang itu sedang ataupun selepas datang haid. Jika anda mengalami simptom ini bukan ketika haid dan baru saja bersama dengan pasangan tanpa mengunakan perlindungan, berkemungkinan anda sedang mengalami pendarahan ketika hamil ataupun keguguran.Warna hijau atau kuning
Keputihan seperti ini selalunya membawa maksud bahawa seseorang itu sedang mengalami jangkitan Trichomonas Vaginalis. Selain warna kehijauan, lelehan tersebut juga akan kelihatan berbuih dan pesakit akan merasa sakit ketika membuat hubungan kelamin.Warna kelabu
Jangkitan bakteria Gardnerella Vaginalis pula akan menyebabkan pesakit mengalami lelehan berwarna kelabu. Lelehan ini selalunya berbau hanyir dan menyebabkan kegatalan.
Untuk hilangkan keputihan, anda boleh mencuba untuk:
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Mengenai keputihan susah untuk hamil, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.