
Sulit
5 tahun
Keputihan tak normal yang sentiasa berlaku , selepas period
assalamualaikum dan salam sejahtera. saya berumur 21 tahun dan sentiasa ada keputihan , kadang kadang berbau dan kadang tidak berbau. tetapi bila berbau teramat busuk dan secara ketulan bukan cecair. busuk teramat sangat menyebabkan saya sentiasa tukar seluar dalam. bila habis period kerap terjadi keputihan macamni menyebabkan saya gatal teramat sangat bila garu pedih sampai berdarah. apakah penyakit saya doktor ? adakah saya perlukan ubat sampingan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keputihan fisiologi
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana terdapat kemungkinan masalah anda disebabkan penyakit kelamin oleh sebab jangkitan kuman.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.