
Sulit
4 tahun
Keputihan wanita 20-an
Saya wanita 20-an yg sering mengalami masalah keputihan sejak umur sy belasan tahun. Saya cuba dapatkan maklumat di internet & apa yg sy dapati adalah keputihan saya dalam kategori normal dimana berwarna putih susu, tidak berbau & tidak gatal. Persoalanynya keputihan ni berlaku setiap hari tidak kira waktu subur atau tidak, jadi persoalannya adakah keputihan sy normal kerana saya takut ia akan menyebabkan sy mandul/mengandung luar rahim. Adakah saya perlu dapatkan rawatan? Ps; Saya sangat menjaga kebersihan organ sulit saya, mohon doktor sarankan cara selain dari jaga kebersihan. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Keputihan boleh menjadi normal atau tidak normal.
Keputihan yang normal atau fisiologi
- Keputihan ini dapat dilihat dalam wanita yang sedang subur ataupun sebelum datang haid. Kebiasaannya ia berwarna putih atau krim dan kadangkala berlendir.
Keputihan yang tidak normal atau patologik:
- Keputihan ini kebiasaannya menandakan seseorang mempunyai masalah kesihatan. Ia berwarna kekuningan ataupun hijau dan boleh disertakan dengan bau yang busuk. Kawasan persekitaran pula akan menunjukkan tanda-tanda inflamasi seperti kemerahan dan kegatalan.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Terdapat beberapa punca mengapa seseorang mempunyai keputihan yang tidak normal:
- Tidak menjaga kebersihan kemaluan dan kawasan persekitaran
- Melakukan seks rambang tanpa perlindungan; ini akan meningkatkan risiko mendapat penyakit kelamin
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan bakteria atau yis
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini untuk membaca artikel penuh mengenai keputihan yang ditulis oleh salah seorang doktor kami.
Jika anda mempunyai persoalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk pencerahan yang lebih jelas. Terima kasih.