
Sulit
4 tahun
Keputusan ujian saringan HIV “Reaktif”
Salam sejahtera, saya amat risau apabila mengetahui keputusan ujian saringan HIV adalah Reaktif. Adakah keputusan ini bertindak balas dan terjadi setelah saya divaksinasi “cominarty”(pfizer). Adakah juga ujian ini menunjukan ada kuman virus dalam sel darah saya? Mohon pencerahan lebih lanjut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ujian saringan HIV mempunyai kemungkinan untuk mendapat keputusan “False Positive” yang mana sesetengah keputusan menunjukkan kesilapan. Anda boleh melakukan semula ujian saringan HIV setelah anda benar-benar berasa sihat dari sebarang demam dan jangkitan kuman. Sekiranya masih menunjukkan keputusan reaktif, anda boleh meminta surat dari klinik untuk kehospital bagi ujian darah pengesahan antibodi dan HIV.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan ujian yang lebih mudah dan selesa untuk mengetahui status kesihatan anda.