Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Keracunan makanan dan jangkitan pada darah putih

Dijawab oleh: Dr Ilias

Dikemaskini pada: November 29, 2018 1:21 AM

Sumira 24 bulan

Salam, saya disahkan keracunan makanan dan ada jangkitan pada darah putih saya. Adakah kedua2 masalah itu ada kaitan ?

Dr Ilias 24 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera.

Keracunan makanan merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Tanda-tanda keracunan termasuk cirit-birit, loya, muntah, sakit perut, demam, sakit kepala dan keletihan. Keracunan makanan biasanya disebabkan oleh bakteria, toksin bakteria, bahan kimia, atau racun tumbuhan dan hasil laut seperti kerang, kulat, cendawan dan sebagainya.

Sel darah putih merupakan sel yang bertanggungjawab untuk imuniti badan kita. Sel darah putih ditugaskan untuk membunuh kuman dan membuang toksin di dalam badan kita. Jangkitan kuman seperti keracunan makanan akan meningkatkan bilangan sel darah putih dalam badan kita. Semasa kita menghidap jangkitan, lebih banyak sel darah putih akan dihasilkan dan dirembaskan dari tulang sum-sum untuk membunuh kuman. Selepas bilangan kuman di badan kita berkurangan, bilangan sel-sel putih di dalam badan kita juga akan menjadi normal semula.

Untuk mencegah keracunan makanan, anda digalakkan untuk sentiasa mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Pastikan anda sentiasa makan makanan yang dibersihkan dengan betul dan makanan panas sahaja. Hindari gerai dan kedai makanan yang kotor dan buat laporan kepada pejabat berkenaan jika keadaan kedai yang anda langgani adalah kotor. Minum air yang dimasak atau dibotolkan/dibungkus sahaja.

Dikemaskini pada: Thu Nov 29 2018 01:21:41 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Dr Sri Viknarajan 24 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.

Sel darah putih anda meningkat dalam badan kerana mempunyai jangkitan daripada keracunan makanan. Sel darah putih ini berfungsi sebagai sistem pertahanan dalam badan kita dan membantu melawan jangkitan dalam badan kita.

Keracunan makanan disebabkan oleh penyakit yang disebabkan makanan yang tercemar. Dalam makanan ini sekiranya mempunyai sesetengah bakteria, virus ataupun parasit, toxin yang dihasilkan daripada jangkitan ini menyebabkan simptom-simptom anda. Secara amnya, simptom-simptom keracunan makanan berlaku dalam jangka masa beberapa jam selepas anda termakan makanan yang tercemar. Simptom-simptom keracunan makanan termasuk berasa loya, muntah, cirit-birit, sakit perut dan demam.

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan mendapat keracunan makanan pada masa depan. Sentiasa memastikan tangan, permukaan meja dan perkakas anda dalam keadaan yang bersih. Asingkan makanan yang mentah daripada makanan yang telah dimasak. Makanlah makanan yang sudah dimasak secara sepenuhnya. Jikalau makanan tersebut telah diletakkan dalam suhu bilik bagi jangka masa yang lama, sila buang makanan tersebut sekiranya berbau dan tidak nampak segar. Semoga saya menjawab soalan anda.

Dikemaskini pada: Thu Nov 29 2018 01:36:01 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
DOC Patient Care 23 bulan
General Practitioner

Hai.Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.

Antara simptom keracunan makanan termasuklah sakit perut, muntah, dan cirit-birit. Ia boleh berlaku dalam masa beberapa jam atau sehari atau dua hari selepas anda makan makanan yang menyebabkan masalah tersebut. Simptom-simptom anda biasanya kekal untuk beberapa hari atau bahkan dalam masa beberapa jam sahaja. Tetapi jika ketidakselesaan anda berlanjutan, anda mungkin perlu diperiksa untuk mengetahui dengan lebih tepat punca sebenar kepada keracunan makanan tersebut.

Anda juga harus berjumpa dengan doktor jika ada simptom yang lain seperti demam tinggi, darah di dalam najis anda, atau merasa dahaga dan tekak kering atau tidak dapat menelan sebarang makanan atau cecair.

Terdapat banyak jenis bakteria, virus, dan parasit yang berbeza yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Walaupun simptom utama adalah mual, cirit-birit, muntah-muntah, dan kram perut, anda juga mungkin mengalami demam, sakit kepala, otot dan sakit sendi, atau darah dalam najis anda. Anda mungkin juga mengalami dehidrasi yang menyebabkan mulut dan tekak anda kering dan kadar kekerapan membuang air kecil juga akan berkurang dan tidak seperti hari-hari yang lain. Sebarang jangkitan yang berada di dalam badan anda biasanya akan meningkatkan tahap sel putih di dalam darah anda. Ini bagi memastikan badan anda bertindak untuk melawan jangkitan kuman di dalam badan.

Dikemaskini pada: Mon Dec 10 2018 08:36:08 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang keracunan makanan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Adrinda
Apakah saranan rawatan pembuangan cacing Perut anak saya sangat sensitif kalo makan salah mesti kena cirit keracunan makanan dalam sebulan at least sekali kena, boleh Dr recommend rawatan pembuangan cacing utk dia? adakah ia membantu. sya ta… Baca lagi...
23 bulan
Sulit
Keracunan makanan,tanda tanda Anak perempuan saya berumur 23 tahun,ptg semalam loya,muntah dan cirit berit,mlm ni demam,krnapa demam. Ada kaitan dhn apendik ker Baca lagi...
15 bulan
slymerz_shah
Cirit birit dan muntah sehingga keluar cecair kuning yang pekat Haii… Saya lelaki 27 tahun mengalami food poisoning, cirit birit dan muntah2 sehingga keluar cecair kuning yang pekat… Soalan saya, adakah boleh utk saya minum air 100plus jika tidak mengambil sarapa… Baca lagi...
22 bulan
Anonymous
Sakit perut cirit birit Saya tak tahu kenapa saya tiba-tiba sahaja sakit perut dan kerap ke tandas. Baca lagi...
22 bulan
afrinaalwi
Termasak silica gel & terminum air rebusan silica gel bersama laicikang Hai, saya ada customer yang bertanya tentang termakan silica gel. saya jual pack bahan2 laicikang kering & pack silica gel food grade untuk pastikan packaging sentiasa kering. Tetapi baru sebentar tad… Baca lagi...
4 bulan