Sebahagian daripada doktor di DoctorOnCall


Dr Sashini Seeni

Perubatan Am

Dr M Ramzdhan

Perubatan Am

Dr Nathaniel Ho

Perubatan Am

Dr Rashid Khan

Perubatan Am

Dr Nurhayati

Perubatan Am

Dr Sri Viknarajan

Perubatan Am

Dr Fatahiyah

Perubatan Am

Dr Nur Syuhada

Perubatan Am

Dr Lee Chin Meng

Perubatan Am

Dr Mohamad Kashfi

Perubatan Am

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Doktor bertauliah
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Privasi Terjamin
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
Pantas Dan Cekap
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara
*Forum ini terbuka kepada umum. Elakkan daripada berkongsi maklumat sulit anda seperti no telefon dan email kerana ia boleh dilihat oleh orang lain.
Hantar Secara Sulit

Berikan tajuk untuk masalah kesihatan anda
*Tajuk anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Terangkan dengan lanjut masalah kesihatan yang anda alami
*Penerangan anda mestilah melebihi 20 patah perkataan
Sila masukkan alamat emel anda supaya kami dapat menghantar jawapan bagi soalan anda

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Apakah saranan rawatan pembuangan cacing

Dijawab oleh: Dr Ilias

Dikemaskini pada: Disember 7, 2018 4:31 AM
Adrinda 18 bulan

Perut anak saya sangat sensitif kalo makan salah mesti kena cirit keracunan makanan dalam sebulan at least sekali kena, boleh Dr recommend rawatan pembuangan cacing utk dia? adakah ia membantu. sya tak begitu faham dgn ubat ini…

Dr Ilias 18 bulan
General Practitioner

Hai, selamat sejahtera, terima kasih atas soalan tersebut. Masalah cirit birit tidak semestinya menunjukkan tanda kecacingan. Penyebab masalah cirit birit bergantung kepada umur kanak-kanak tersebut. Bagi kanak-kanak yang baru belajar ke tandas sendiri, mungkin mengalami masalah sembelit yang disangka cirit birit.

Cirit-birit juga boleh terjadi sekiranya anak anda alah terhadap sesuatu bahan dalam makanan seperti susu lembu. Anak anda akan mengalami cirit birit selepas memakan makanan yang mengandungi bahan tersebut. Dia juga akan mengalami pengurangan berat badan sekiranya ini berlanjutan kerana tidak dapat menyerap zat yang diperlukan.

Selain itu, jangkitan virus seperti rota virus juga boleh menyebabkan masalah ini. Keracunan makanan selalunya adalah disebabkan pengambilan makanan yang telah dicemari oleh bakteria seperti e-coli akibat proses penyediaan makanan atau penyimpanan makanan yang tidak bersih.

Sekiranya menghidap masalah kecacingan, simtom yang boleh berlaku ialah:

  • Hilang selera makan
  • Keletihan
  • Kembung perut
  • Demam berpanjangan
  • Sakit kepala
  • Keluar cacing dari lubang najis atau cacing pada najis
  • Ruam
  • Gusi berdarah
  • Mengetap gigi pada waktu malam
  • Hiperaktif
  • Kedutan atau lingkaran hitam pada mata

Pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak pada setiap enam bulan adalah perlu tidak kira yang mempunyai simtom atau tidak, bagi mencegah masalah ini dan memastikan perkembangan yang sihat bagi semua kanak-kanak. Ubat ini boleh didapati dari farmasi atau klinik berdekatan.

Dikemaskini pada: Fri Dec 07 2018 04:31:44 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
DOC Patient Care 18 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera.

Cirit-birit dalam golongan kanak-kanak merupakan perkara yang agak biasa. Namun demikian, kita kena berhati-hati kerana bukan semua cirit-birit adalah berpunca daripada keracunan makanan. Dari kenyataan anda di atas, nampaknya anak anda telah mengalami cirit-birit untuk jangka masa yang agak panjang. Kondisi ini didefinasikan sebagai cirit-birit kronik.

Berdasarkan sejarah anda di atas, anak anda berkemungkinan menghidap jangkitan parasit atau alergi kepada makanan tertentu atau kurang toleransi kepada susu. Jangkitan cacing merupakan salah satu punca utama untuk cirit-birit. Namun demikian, jangkitan cacing biasanya akan menyebabkan gejala lain seperti perut kembung, sembelit, sakit perut dan sebu (perut tidak selesa). Jangkitan cacing yang serius boleh menyebabkan pucat, hilang selera makan, muntah, tumbersaran terbantut dan susutan berat badan.

Rawatan cacing boleh diberi dengan menggunakan ubat albendazol untuk 3 hari. Ubatan ini datang dalam bentuk ubat kunyak atau ubat sirap untuk kanak-kanak. Untuk mencegah jangkitan cacing, basuh makanan dengan bersih sebelum makan dan pastikan anak anda mencuci tangan dengan bersih sebelum dan selepas makan. Elakkan anak anda dari bermain di tanak tercemar dengan cacing.

Sekiranya anak anda masih mengalami simtom selepas rawatan cacing, anda digalakkan untuk membawa anak berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Dikemaskini pada: Mon Dec 10 2018 08:45:01 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Dr Sri Viknarajan 18 bulan
General Practitioner

Hi. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Cirit-birit adalah apabila terdapatnya najis berair beberapa kali sehari. Jika ia berlaku secara berterusan selama empat minggu dan datang dan pergi dalam tempoh tersebut, ia dikira sebagai cirit-birit yang kronik.

Antara punca-punca cirit-birit ialah penggunaan antibiotik atau ubat-ubatan lain dalam bayi atau ibu menyusu, alergi atau sensitiviti terhadap makanan tertentu, perubahan makanan dalam bayi atau ibu menyusu, jangkitan bakteria,jangkitan virus, parasit dan juga penyediaan makanan yang tidak betul.

Antara simptom-simptom lain ialah sakit perut atau kekejangan, loya, kehilangan kawalan usus, demam dan menggigil serta dehidrasi. Dehidrasi adalah apabila badan tidak lagi mempunyai cecair yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Saya sarankan anda membawa anak anda berjumpa doktor terutamanya apabila anak anda mengalami demam, cirit-birit berdarah atau cirit-birit yang teruk.

Dikemaskini pada: Mon Dec 10 2018 08:46:42 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi