Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni
Hai, saya ada customer yang bertanya tentang termakan silica gel. saya jual pack bahan2 laicikang kering & pack silica gel food grade untuk pastikan packaging sentiasa kering. Tetapi baru sebentar tadi customer whatsapp saya yang dia termasak silica gel sekali & satu family dah terminum air rebusan tersebut. Ada apa2 effect or tindakan yang perlu diambil ke? saya risau tentang perkara ni sebab berkait dengan keselamatan customer saya
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, silica gel atau nama lainnya, silica dioxide digunaka untuk menyerap kelembapan. Sekiranya dimakan, ia akan dibuang melalui najis kerana gel ini tidak akan dicerna. Namun, bungkusan gel ini selalunya dikatakan beracun atau ‘Jangan dimakan’ kerana terdapat tambahan bahan kimia seperti ‘cobalt chloride’ atau ‘methyl violet’ yang bertukar warna apabila menyerap kelembapan. Sekiranya gel ini berwarna, ini adalah lebih merisaukan. Dalam kuantiti yang sedikit, gel ini tidak akan membahayakan kesihatan. Namun, anda harus menasihati pelanggan anda supaya memantau diri mereka untuk simptom seperti sakit perut dan cirit-birit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.