
Sulit
4 tahun
Kerap keluar air mani ketika tidur
Sy kerap keluar air mani ketika tidur boleh dikatakan setiap bulan mesti akan ada air mani keluar… Malah setiap minggu pun ada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, masalah ini boleh terjadi atas beberapa sebab, antaranya:
- mimpi basah - hal yang normal. Ejakulasi air mani yang berlaku semasa tidur. Kajian menunjukkan bahawa ramai lelaki mengalami ejakulasi malam pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Terdapat perbezaan antara orgasma malam dan ejakulasi malam kerana para lelaki boleh mempunyai orgasma malam (klimaks seks) tanpa ejakulasi (pelepasan mani cecair).
- nocturnal emission
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat sedatif boleh menyebabkan relaksasi saraf atau ubat anti-hipertensi boleh menyebabkan saraf yang lemah untuk berfungsi.
- Pengambilan minuman alkohol dan kuat merokok boleh menghalang pengaliran darah dan menyebabkan kelemahan saraf dan rembesan hormon yang terganggu.
- Gangguan kesihatan mental juga boleh mengakibatkan mimpi basah kerana gangguan rembesan hormon terjadi.
- Obesiti dan kurang aktiviti fizikal mengurangkan pengaliran darah ke organ pelvis.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah