Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kerap menelan air liur semasa tidur

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: November 20, 2020 6:48 AM

Sulit 56 hari

Saya perempuan berusia 17 tahun , sudah 2 hari saya tersedar dri tidur kerana asik menelan air liur tanpa henti , saya tidak boleh menahan rasa seperti hendak menelan air liur berulang kali . Dalam mulut saya terdapat nanah pada gusi adakah ia disebabkan jangkitan kuman?

Dr Sashini Seeni 56 hari
General Practitioner

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, pada umumnya, kelenjar air liur manusia selalu menghasilkan air liur setiap saat tanpa henti. Agar air liur ini tidak terkumpul di dalam rongga mulut dan tidak meleleh ke luar, tentunya ia perlu ditelan. Manusia mempunyai refleks untuk menelan, dan mampu menelan air liur secara sedar ataupun tidak. Hal sebegini adalah normal.

Namun sekiranya anda mengalami hipersalivasi iaitu penghasilan air liur secara berlebihan, beberapa penjelasan yang serius mahupun tidak serius yang dapat menjadi penyebabnya. Antaranya ialah:

  • anda sedang lapar, melihat atau menghidu bau makanan yang lazat
  • anda terasa loya
  • gangguan pada susunan gigi
  • terdapat jangkitan di dalam mulut
  • keradangan pada saluran nafas

Berkenaan dengan keterangan anda yang menyatakan ada nanah pada gusi anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan segera. Nanah yang muncul adalah disebabkan oleh jangkitan kuman yang selalunya berpunca daripada bakteria. Sebaiknya masalah ini dirawat bagi mencegah sebarang komplikasi lain.

Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.

Dikemaskini pada: Fri Nov 20 2020 06:48:59 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar tentang kesihatan am secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Cara pemakaian skincare Cara manakah yang betul memakai sunscreen? Pakai skincare dahulu lepastu pakai sunscreen ataupun pakai sunscreen terlebih dahulu baru pakai skincare… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Zakar bertompok merah dan gatal , di kepala dua bijik air bisa di kepala zakar saya zakar saya ada tompok merah , dan di bahagian sekeliling zakar saya gatal , tak lama kemudian , ada bijik bisa di kepala zakar saya , apa yg harus saya buat ? Baca lagi...
47 jam
ajimnotty7
Sakit Pingang yang kuat sejak sekolah rendah Sya remaja lelaki brusia 20 thun.Saya mengalami sakit pinggang sejak sekolah rendah.Saya tidak ada menganggat benda yang berat,dan di pinggang saya tidak ada sebarang bengkak.Cumanya sewaktu usia saya… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Badan rasa sejuk pada suhu normal Saya berumur 24 tahun dapati badan sy kerap rasa sejuk tapi tak demam pon bila tanya org lain takdelah rasa sejuk mcm sy ni. Adakah ini normal ya? Tq Baca lagi...
4 hari
Sulit
Masalah Sirosis hati dan ingin minum herbalife Saya adalah pesakit Sirosis hati dan hepatits B, boleh ke saya minum HERBALIFE .Terima kasih Doktor Baca lagi...
4 hari