
Sulit
4 tahun
Kerap mengalami sakit dada dan berat untuk bernafas
saya wanita. berumur 20 thn. saya kerap mengalami sakit dada, terasa berat untuk bernafas. Tekak juga rasa belendir. Mata dan hidung selalu berair. Kadang kadang tekak terasa loya. May i know what’s wrong with me?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Serangan asma
- Anemia (kurang darah merah)
- Radang sinus
- Masalah jantung
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.