
Sulit
3 tahun
Kerap onani Sejak remaja
Sya lelaki dan sya kerap onani sya nk tanya adakah kerap onani bole mengakibatkn kanser testis

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang kesan kerap beronani. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
untuk makluman anda, seperti mana melancap ada kebaikannya yang tersendiri sebanyak itulah ia mempunyai keburukan yang tersendiri juga. Oleh itu, individu terbabit haruslah behati-hati apabila melakukan aktiviti seperti ini dan ingatkan kesan buruk yang boleh berikutan. Antara keburukan yang boleh diundang ialah seperti:
- Kecutan bahagian zakar. Disebabkan aktiviti melancap yang sangat aktif, ianya boleh menyebabkan berlakunya keradangan pada bahagian otot di zakar. Keradangan ini apabila berlarutan akan menyebabkan berlakunya sakit pada zakar individu tersebut serta membawa kepada pengecutan zakar.
- ‘Erectile dysfunction’. Ini merupakan sebuah masalah yang dipanggil sebagai mati pucuk. Perkara ini akan disebabkan oleh aktiviti melancap yang aktif. Hal ini kerana kerap melancap akan mengurangkan keupayaan untuk mencapai tahap ereksi yang maksimum.
- Ejakulasi pramatang. Ini bermaksud seseorang lelaki itu memancut keluar air mani terlebih awal sebelum memuaskan pasangannya. Hal ini kemungkinan akan menjejaskan rumah tangga mereka kerana tidak dapat memuaskan pasangan mereka.
- Cepat kelihatan tua. Aktiviti melancap yang kerap ini akan menyebabkan individu tersebut cepat sangat kelihatan tua dan ini akan menyebabkan penampilan diri seseorang itu kurang segak.
- Kemandulan. Seseorang yang kerap melancap dikatakan akan menghadapi kemandulan. Hal ini kerana aktiviti melancap ini akan menyebabkan berlakunya kekurangan sperma dalam air mani. Ini sekali gus akan membawa kepada kesukaran untuk wanita menjadi hamil.
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor sekiranya mempunyai tanda-tanda kanser testis agar diagnosis dan rawatan awal dapat diberikan.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.