Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kerap sakit kepala tiap minggu

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: September 10, 2020 3:47 AM

Sulit 48 hari

Saya Remaja berumur 22 tahun dan saya sering sakit kepala. Seminggu dalam dua kali tiap tiap bulan. Saya sedar kekerapan ini semenjak tahun ini. Saya amat sakit hingga setiap kali sakit saya akan makan postan ataupun panadol active fast mengikut kesakitan saya. pada awal tahun ini saya pergi ke klinik dan doktor tidak memberikan apa apa sebab dan hanya memberikan paracetamol.

Kepala saya berasa berdenyut di sebelah bahgian dan kadang kadang kedua dua belah bahagian. Ia akan terjadi selalunya bila mata saya seperti ada halangan, vision yang bergoyang dan terus kepala saya sakit. Tolong doktor apa perlu saya buat saya tidak sanggup untuk hadapi sakit ini setiap minggu. Terima kasih.

Dr Sri Viknarajan 48 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.

  • migrain
  • sakit kepala berkelompok
  • sakit kepala tension

Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.

  • darah tinggi
  • rabun mata
  • trauma
  • kanser otak

Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.

Informasi yang anda berikan berkenaan dengan sakit kepala dan ia juga bersangkut-paut dengan masalah penglihatan. Oleh itu, masalah ini boleh terjadi disebabkan masalah berikut iaitu:

  • Hipotensi (tekanan darah rendah)
  • Glaukoma
  • Keradangan meningis
  • Dehidrasi
  • Migrain

Sakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit yang boleh dibeli difarmasi. Namun, rawatan ini tidak merawat masalah sebenar punca sakit kepala.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih

Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.

Dikemaskini pada: Thu Sep 10 2020 03:47:31 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Perubatan Dalaman tentang sakit kepala secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sakit bahagian belakang kepala SAYA REMAJA BERUMUR 22 TAHUN.Selalunya org yg sakit kepala akan merasa pening dkat mata atau berdenyut bhgian urat2 bhgiaan kiri kanan dahi. Saya jarang sakit kepala. dalam sebulan kemungkinan h… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Kerap pening dan ada tompokkan darah walaupun tidak period Saya 27y dlm smggu ni sy kerap pening kepala ats dan tepi sbelah kiri, dlm mase yg same ad tompokan darah walaupon sy belum dlm tempoh period. Kalau nk diikutkan mgu ni adalah date yg betul tp d… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Sya kerap sakit kepala….dah 1bln lebih Sy kerap sakit kepala…dah nk masuk 1 bln lebih…tpi bila mkn ubat tahan sakit…kurang…lpz tu sakit dtg balik…sebulan lebih mcm ni…ape yg perlu sy buat dktr…kadang2 sakit yg teramat sgt…ape yg perl… Baca lagi...
15 hari
Sulit
Sakit kepala sperti hayal sudh 5hari sakit kjap elok kjap sakit sperti kepala ringan n hayal.kenapa ye…ptut g check.tkut nnti doc xpcya yg kita ckp.nk trgkan tkut dyeorg xfhm. Baca lagi...
10 hari
Sulit
Sakit kepala dan tekanan dalam hidung Saya wanita berumur 23 tahun… Akhir2 ini saya sering mengalami sakit kepala yang dimulai dengan rasa tekanan dalam hidung kemudian rasa tegang dimata dahi dan separuh kepala… Kadangkala ia melar… Baca lagi...
23 jam
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!