
Sulit
4 tahun
Kerisauan HIV Symptom
Hi Doc,
Saya lelaki berumur 33 tahun. pada tahun lepas 2020, saya telah melakukan hubungan seks dengan pekerja seks yang saya tidak tahu status HIV mereka.
November 2020 : Wanita A, Blowjob tanpa condom & sex dengan condom
Desember 2020 : Wanita B, Blowjob dengan condom, sex dengan condom.
Pada April 2021, saya mula mengalami symptom seakan HIV. Bengkak Kelenjar limfa di bawah ketiak kanan.Tapi lepas 4 hari bengkak tu hilang.
Selepas tu, muncul semula bengkak di bawah ketiak kanan cuma ia muncul di area lain pulak. Seolah2 badan saya sedang melawan virus yang kuat. Saya dah mula merasa yang saya mungkin terkena jangkitan HIV.
Saya belum lagi buat Ujian HIV kerana terlampau takut jika betol keputusan akan menunjukan saya positif. Tolong saya. Saya tak tahu nak buat apa. Saya lelaki yang dah berkahwin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang risiko jangkitan HIV. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, jangkitan HIV boleh menular melalui aktiviti seksual, suntikan jarum atau daripada ibu kepada anak daripada ibu mengandung, melahirkan anak atau semasa menyusu. Jangkitan HIV boleh merebak hanya melalui cecair badan tertentu seperti darah, air mani, cecair pra-mani atau lebih dikenali sebagai air mazi, cecair rektum, cecair faraj, dan susu ibu.
Mengenai simptom HIV, sesetengah pesakit HIV atau AIDS mungkin mengalami penyakit seperti selesema dalam masa 2 hingga 4 minggu selepas mendapat jangkitan (Tahap 1 jangkitan HIV). Namun demikian, terdapat juga sesetengah pesakit yang mungkin tidak rasa sakit semasa peringkat ini.
Gejala awal HIV termasuklah:
- Demam dan menggigil
- Ruam
- Berpeluh pada waktu malam
- Sakit kepala
- Cirit-birit
- Sakit otot
- Kelenjar bengkak
- Ulser mulut
Gejala sebegini boleh berlangsung di mana saja dari beberapa hari hingga beberapa minggu. Jika anda mempunyai simptom ini, itu tidak bermakna anda mempunyai HIV. Setiap gejala ini boleh disebabkan oleh penyakit lain. Tetapi jika anda mempunyai simptom-simptom ini selepas pendedahan kepada seseorang yang berpotensi terhadap HIV, berjumpalah dengan doktor segera dan beritahu mereka mengenai risiko anda. Satu-satunya cara untuk menentukan sama ada anda dijangkiti adalah dengan menjalani ujian saringan jangkitan HIV.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan ujian yang lebih mudah dan selesa untuk mengetahui status kesihatan anda