Sulit
4 tahun
Kerisauan Jangkitan HIV
Sy berumur 35 tahun.Sy ada melakukan aktiviti berisiko.selepas 5 minggu sy ada melakukan blood test di BPhealthcare. Adakah sy akan dimaklumkan jika sy dijngkiti HIV kerana waktu konsultasi doktor tidak memaklumkn apa2 berkaitan perkara berikut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Oleh kerana status HIV bersifat peribadi. Pihak makmal biasanya akan memberikan hasil pemeriksaan anda dalam sepucuk surat secara bertutup. Sekiranya hasil positif, anda akan dirujuk ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan pengubatan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.