
Sulit
3 tahun
Kerisauan tentang jangkitan hiv
Maaf bertanya Ye Dr…berape lama virus hiv dapat hidup diluar tubuh?,contohnya di lantai, dan sebagainya…dan jika cecair hiv itu terkena pada makanan,contoh dari tangan yang tercemar Dgn virus hiv kemudian dia menyediakan makanan bagaimana pula… Adakah ada risiko orang lain dijangkiti hiv melaluai makanan yang kemungkinan tercemar dengan virus hiv…
Terima kasih Dr…

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda tentang gejala yang dihadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, “Human Immunodeficiency Virus” (HIV) merupakan sejenis virus yang menyerang sel-sel imun yang mempertahankan tubuh manusia daripada jangkitan. Risiko bagi penularan HIV melalui cara yang anda nyatakan adalah sangat rendah dan luar biasa namun, ia adalah tidak mustahil.
Cara penyebaran HIV yang paling kerap adalah melalui hubungan seks tidak terlindung (seks melalui dubur atau faraj) perkongsian jarum atau peralatan suntikan dadah. Cara penyebaran HIV yang lebih kurang biasa adalah daripada ibu kepada anak ketika mengandung, melahirkan anak atau menyusukan anak.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.