Sulit
6 tahun
Kesan gugur bayi selepas 8 tahun
Sekitar 7 atau 8 tahun yg lepas. Sayq telah dirogol oleh ayah tiri saya… Saya mendapat tahu saya pregnant pada kandungan saya 4 bulan kerana saya mempunyai masalah haid yg x lancar… Setelah mengetahui hal tersebut… Saya ada menjalani abortion pd kandungan 4 bulan lebih di sebuah klinik swasta… Prosesnya amat teratur… Dengan memasukan satu krim ke lubang faraj saya dan memberikan saya beberapa dri masa ke semasa sejenis pil untuk mematikan bayi… Selepas beberapa jam janin tersebut keluar dan atas bantuan nurse… Mereka membantu saya sehingga proses keluarkan uri. Pada keesokan harinya, saya dimasukkan ke dewan untuk mencuci rahim saya.
Persoalannya, benarkah selepas melakukan abortion ini, risiko untuk bayi cacat itu tinggi? Dan apakah akan meninggalkan kesan dan setelah beberapa tahun ini, adakah kesan itu masih ada?
Bagaimana untuk saya menghilangkan kesan tersebut jika benar, dan bagaimana saya ingin kembali membuat rahim saya sihat agar saya mudah mengandung dan anak nya sihat…
Mohon penerangan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, menggugurkan kandungan secara pembedahan boleh meningkatkan risiko seperti:
- Kebiasaannya tidak menyebabkan sebarang kesan pada kandungan masa hadapan
- parut pada rahim sehingga menyebabkan kesukaran hamil (Sangat jarang)
Ia tidak menyebabkan kecacatan pada anak masa hadapan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































