
Sulit
4 tahun
Kesan Lendir coklat 4 hari
Hi… Saya syazwani, saya sudah pn berkahwin… Mempunyai seorang anak 3tahun… saya nak tanya, saya dah 4 hari mengalami masalah lendir berwarna coklat… Sblm ini saya merancang sendiri bersama suami… 27/2 kami dah tak merancang… Bulan 3 saya dtg haid lewat. ikutkn 11hb saya haid. Tp bulan 3 saya dtg haid 27hb smpai 1hb … Utk bulan 4 saya tak datang haid lagi. Tapi sekarang ni dah 4 hari lendir coklat ada. Saya jadi risau… Saya ade application my calendar klo ikutkn 10/5 dtg haid… Tapi kenapa ade kesan lendir coklat ye… Risau saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu lendir coklat selama 4 hari. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya masalah ini, namun tidak terhad pada:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Jangkitan pada kelamin
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan atau kehamilan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Justeru, anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.