Sulit

3 tahun

Kesan lewat makan pil postinor

Saya wanita 24tahun belum berkawin. Pasangan saya pancut dalam semasa melakukan hubungan. Selepas tu saya makan pil postinor untuk pil pertama. Pil kedua lewat sejam. Adakah kesan lewat tu kemungkinan saya mengandung?

Hai, terima kasih atas soalan yang ditujukan.

Kami faham keadaan yang anda sedang alami. Untuk menjawab persoalan anda, jika anda mengambil pil tersebut selepas 72 jam melakukan hubungan ataupun pil kedua setelah melebihi 12 jam selepas pil pertama, masih terdapat risiko untuk anda mengandung. Kami sarankan anda untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan pil tersebut.

Berikut adalah cara-cara pengambilan pil Postinor-2 (pek 2 tablet):

  • Ambil tablet/dos yang pertama secepat yang mungkin dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seksual
  • Tablet kedua pula diambil 12 jam selepas tablet/dos pertama

Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi

Sekiranya postinor diambil secara kerap, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku seperti :

  • Haid tidak teratur
  • Keletihan
  • Mual
  • Muntah
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Pening
  • Sakit kepala
  • Sakit payudara
  • Pendarahan faraj
  • Tindak balas kulit
  • Pendarahan

Antara kontraindikasi (baca: syarat-syarat tidak boleh digunakan) pil Postinor-2 adalah:

  • Kehamilan
  • Masih menyusu anak bayi
  • Terdapat perdarahan kelamin (baca: istihadah)
  • Gangguan organ hati
  • Sejarah alahan pada ubat
  • Telah melakukan hubungan seks melebihi 72 jam sebelumnya

Selain itu anda boleh menasihati pasangan anda untuk menggunakan perlindungan dan berkomunikasi secara baik bersama pasangan anda.

Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami ( DoctorOnCall ) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian bersama doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.

AdobeStock_127296206

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)