Sulit
3 tahun
Kesan mengambil ubat ubatan ini
Sy lelaki umur 18. Tadi pagi bapa sy pergi klinik utk membelikan sy ubat-ubatan kerana sy ada masalah kesihatan iaitu sakit tengkuk rasa mcm urat tegang dan batuk berkahak. Dan ubat yg bapa sy beli adalah :
Antibiotik (Glevo 500mg)
Vitamin urat (Vibee Tablets)
Pecah kahak (Amxol Tablets)
Gastrik (Famotidine 20mg)
Adakah ubat ini akan memberikan kesan sampingan jika dimakan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, secara amnya, semua ubat-ubatan mempunyai kesan sampingan jika dimakan dengan dos atau cara yang tidak betul. Oleh itu, disarankan untuk dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.