
Sulit
3 tahun
Kesan Onani Dengan Kerap
Saya lelaki dalam 20an dan sering beronani dan sejak sering kerap beronani pinggang saya sering sakit. Adakah sakit pinggang itu adalah gara2 sering kerap onani atau ada masalah lain yang menyebabkan saya sakit pinggang? Baru2 inj saya ada menjalankan ‘urin test’ dan mendapati result urin saya kurang baik kerana air kencing saya didapati terdapat kekotoran. adakah itu salah satu punca kerana kerap beronani?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan soalan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang pinggang anda yang sering sakit. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sakit pinggang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, Antaranya adalah:
- batu karang
- jangkitan pada buah pinggang
- penyakit genetik
- masalah saraf akibat disc hernia
- kekejangan otot
Untuk masalah air kencing anda yang didapati kekotoran, ia boleh merupakan kesan sampingan daripada sebab-sebab di atas ataupun kesan daripada kerap beronani.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor