
Sulit
4 tahun
Kesan pakai kondom/pelincir ketika isteri hamil
Hai Doc, isteri saya sedang hamil dan jika sy menggunakan kondom/pelincir ketika bersama adakah akan memberi kesan pada kandungan isteri atau akan membawa kepada sesuatu penyakit… ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, penggunaan kondom ketika berhubungan seksual dengan isteri yang sedang hamil adalah dibenarkan. Setakat ini tiada laporan mengenai kesan bahaya kepada wanita hamil. Mengenai pelincir seks, anda disarankan untuk menggunakan pelincir yang berasaskan air. Pelincir jenis ini memang mudah diserap ke dalam badan wanita dan perlu ditambah-tambah penggunaannya. Anda cuma perlu mencari pelincir yang tiada parabens dan glycerin kerana ini boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan kulat. Pelincir silicon dipercayai mempunyai bahan kimia cyclomethicone, cyclopentasiloxane dan cyclotetrasiloxane yang boleh menyebabkan kanser rahim dalam jangka masa panjang. Minyak memang tidak disarankan kerana ini akan menyebabkan kondom anda bocor. Terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran yang memang mempunyai pelincir sedia ada, namun periksa lagi untuk bahan kimia yang dinyatakan di atas.Namun, jika anda mendapati terdapat gejala pendarahan semasa berhubungan, digalakkan untuk berhenti segera kerana bimbang adanya risiko yang tidak diingini.
Bagaimanapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lebih lanjut, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.